Sunday, May 1, 2011

HYBRID


KERETA ELEKTRIK(HYBRID)
Disediakan oleh: Azrin
PENGERTIAN
  •  Teknologi hybrid ini didefinasikan sebagai penggunaan kenderaan yang menggunakan dua atau lebih penggunaan gabungan bahan api dan kuasa elektrik untuk menggerakkan motor kenderaan sekaligus menjimatkan minyak.
  •  Struktur enjin hybrid yang menggabungkan kuasa elektrik dan bahan api bertindak dalam pelbagai cara iaitu hybrid dalam bentuk selari yang mana bahan api disalurkan ke enjin tetapi pada masa yang sama dilengkapi bateri yang membekalkan kuasa kepada motor elektroniknya.
  •  70% sumber pencemaran udara disebabkan pembakaran bahan api fossil 
  •   Kenderaan ini juga mengehadkan penggunaan minyak(petrol)
  •  Proses cari gali minyak disebabkan oleh permintaan terhadap minyak(kenderaan)
  • Penggunaan minyak boleh menyebabkan:
  • v  Pencemaran
  • v  Bahan api yang terhad
  •  Apabila minyak dalam perut bumi habis, masalah kepada sistem pengangkutan
  •  Pakar Sains & Penyelidik mencari penyelesaian dalam masalah ini (memerlukan kenderaan yang tidak bergantung kepada minyak semata-mata)
  •  Bahan api lain bagi menggantikan minyak:
  • v  Bahan api bio
  • v  Elektrik
  • v  Hidrogen
  • Jawapan kepada kekusutan ini: kenderaan elektrik
  •   Kenderaan elektrik:
  • Hybrid
  • Suria
  • Sel bahan api(fuel cells)
  • Kenderaan yang menggunakan minyak(pencemar terbesar di dunia)
  • v  Memerlukan kereta yang tidak bergantung kepada minyak
  • v  Jawapan-kereta elektrik(98% lebih bersih berbanding kenderaan bakaran dalam menurut perbandingan kadar pencemaran udara
  • v  Kalau kenderaan ini digunapakai(35% pencemaran udara dapat dikurangkan)
  • Asap enjin kenderaan:
  • v  Pengurangan ozon
  • v  Pembentukan lubang ozon
  • v  Kerosakan sistem ekonomi dunia-kehabisan sumber bahan api
  • Kekurangan minyak selama 5tahun menyebabkan kenaikan harga minyak sebanyak 3 kali ganda
KRONOLOGI
  • }  Semenjak 80an,aplikasi teknologi moden.
  • }  Sejarah bermula pada abad ke17
  • }  Kereta pertama(model kecil)-PROFESSOR STRTINGH(1835) Di bandar Duct di Groningen
  • }  Model ini tidak praktikal,mahal,dan tempoh penggunaan bateri yang singkat
  • }  Seterusnya,THOMAS DAVENPORT dari US mencipta kenderaan yang praktikal:
  • }  Kelebihan:
  • Tingkatkan keupayaan kereta elektrik
  • Harga berkurangan
  • Bateri(tahan lama)
  • }  Kekurangan:
  • Bateri tidak boleh di caj semula
  • 1865-GASTON PLANTE(Perancis)-cipta bateri yang dapat tahan lama dan boleh dicaj semula
  • Kereta elektrik pertama mendapat perhatian ialah kereta lumba La Jamais Content(Belgium 1899) dipandu oleh Camille Jenatzy 1899- berjaya memecah rekod dengan kelajuan sehingga 62 batu sejam
  • Kereta elektrik tidak dikomersialkan disebabkan oleh kereta yang menggunakan minyak mula mendapat tempat di dunia(sehingga 1980)
  • 1900-cuba dikomersialkan kembali secara murah(fungsi-perjalanan jarak dekat)
  • Contoh:di padang golf,kampus,tempat yang dikesan berlaku pencemaran udara
  • 1980-Pasukan Penyelidik dibentuk yang dibiayai oleh syarikat kereta utama dunia membangunkan semula kenderaan elektrik tersebut(teknologi baru dalam penggunaan bateri,penggabungan sistem & aerodinamik)
  • 1990-bandar California(banyak menggunakan kenderaan ini-sumber tenaga bas,kereta jalan(street car) dan pengangkutan awam)
  • 1992-Kongres Amerika Syarikat meluluskan Akta Polisi Kecermasan kebangsaan ditandatangani oleh Presiden Bush( penggunaan petrol di Amerika Syarikat dikurangkan sehingga 10% menjelang tahun 2000 dan 30% menjelang tahun 2030)
  • Banyak Syarikat & pasukan penyelidik(kereta elektrik)-Honda,GM & Chrysler telah menbelanjakan berjuta dolar bagi penyelidikan agar kenderaan elektrik akan dihasilkan bagi jualan seawal 1996
  • Akta Polisi Kecermasan Kebangsaan di luluskan(kenderaan elektrik mesti ditonjolkan meluas di Amerika Syarikat & kerajaan menawarkan potongan cukai bagi pemilik kenderaan elektrik
  • Sebab kenderaan ini dijualkan-mengehadkan persekitaran bersih & selamat
“HYBRID” DI MALAYSIA
}  Cuba dikomersialkan tahun 2011,namun perasmian kereta pertama HYBRID PROTON (EMAS) hujung tahun lepas.
}  Pengarah Urusan Proton Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir berkata pihaknya perlu mendapatkan maklum balas positif daripada pihak kerajaan terlebih dahulu sebelum memasarkannya secara besar-besaran. “Kami sekarang tengah buat persiapan untuk menghasilkan antara 50 ke 200 buah kereta yang bercirikan hibrid dan penghantaran akan bermula pada Januari depan. Ini ialah untuk dapatkan maklum balas positif dan data daripada pengguna.
}  Terbaru, hasil rekabentuk daripada Giugiaro Italdesign studio bagi rancangan keluaran model terbaru kereta HybridProton.
}  KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) — Proton Holdings Bhd akan memperkenalkan sebuah kereta konsep, hasil usaha sama kreatif dengan Italdesign Giugiaro, pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa ke-80 di Geneva pada 2 Mac, 2010.

Kejayaan
}  Pada 6hb November kereta Proton Exora telah menang pertandingan kereta zaman akan datang yang dianjurkan oleh RAC (Royal Automobile Club - United Kingdom). Pertandingan ini melibatkan hanya kereta-kereta otomobil yang tidak terlalu mencemar udara dengan pengeluaran asap, karbon dioksida dan monoksida.
}  2. Hampir semua syarikat-syarikat otomobil di dunia telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini dengan kereta elektrik dan hybrid ciptaan mereka untuk masa depan (future). Kereta-kereta ini dikehendaki berjalan dari Brighton ke London, perjalanan sejauh lebih kurang 60 batu (miles).
}  3. Diantara jenama yang terkenal yang mengambil bahagian ialah Toyota (Jepun), Volkswagen (Jerman) dan General Motors (Amerika Syarikat). Ada yang mengambil bahagian dengan kereta yang sudah dipasarkan dan ada yang belum dipasarkan. 
}  4. Proton menyertai dengan sebuah kereta Exora untuk pertandingan ini yang menggunakan sistem yang, selain daripada amat kurang mencemarkan udara tetapi juga menggunakan bahan bakar petrol yang amat sedikit.
}  5.Exora mendapat tempat pertama dalam kategori Extended Range Electric Vehicle (kereta elektrik yang ditingkatkan jarak perjalanannya) serta juga memenangi dalam semua kategori termasuk kereta elektrik (EV - Electric Vehicle), kereta yang ditingkatkan jarak perjalanan (extended range EV), hybrid (menggunakan enjin petroleum dan elektrik bersama) dan minyak disel.
}  6. Exora mencatat ekonomi penggunaan petrol sebanyak 136 batu (miles) bagi satu gelen. Tempat kedua hanya mampu mencatat jarak 62 batu (miles) bagi satu gelen - iaitu kurang separuh daripada kebolehan Proton Exora.
}  Proton sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan Saga Elektrik dan Exora Extended Range untuk pasaran dunia.

ESEI-Menjelang tahun 2011,Proton akan memperluaskan kereta yang tidak bergantung 100% kepada minyak petrol(hybrid).Bincangkan kebaikan kepada negara

PENGENALAN
Menjelang tahun 2011,Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) telah menggerakkan strategi agar kereta berenjinkan “hybrid” dapat diperkenalkan.Diharapkan dengan penggunaan kereta ini dapat memberi input yang positif kepada pembangunan negara dari sektor automotif.Lantaran itu,terdapat beberapa kebaikan jika kenderaan ini cuba dikomersialkan di negara ini.

ISI-ISI


MENGURANGKAN PENIPISAN LAPISAN OZON
                                Kadar pelepasan asap untuk kereta ini berkurangan.Lebih daripada 80% rendah dengan penggunaan gas karbon monoksida jika dibandingkan dengan kereta yang 100% berenjinkan minyak petrol.Enjin yang digunakan dalam penggunaan enjin “hybrid” ini lebih kecil dan menggunakan teknologi termaju dapat mengurangkan kadar pelepasan asap sekaligus tidak mencemarkan alam sekitar.Justeru, penggunaan kenderaan ini dapat mengurangkan penipisan lapisan ozon yang kian hari kian meruncing. 

MENAIKAN SEKTOR PERTANIAN NEGARA
                                                Di samping itu, penggunaan kereta ini dapat menaikkan ekonomi negara dari sektor pertanian.Jika berlaku penipisan lapisan ozon nescaya tumbuhan tidak dapat bercambah. Radiasi ultraungu akan mengurangkan kandungan air dalam tumbuha. Hal ini menjejaskan proses fotosintesis dan tumbesaran tanaman mengambil masa yang lebih panjang.Sebagai contohnya,Amerika Syarikat,kandungan lemak dan protein dalam kacang soya merosot disebabkan oleh radiasi ultraungu.Secara tegasnya,hasil dan kualiti pertanian boleh terjejas sehingga 30% ekonomi negara yang bergantung pada sektor pertanian juga terancam. 

 PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL MENINGKAT
                                                Selain itu,Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) akan berjaya dijulang seiring dengan perusahaan otomobil luar negara dan secara tidak langsung dapat menarik pelabur asing melabur di negara ini.Penggunaan kereta “hybrid” ini juga dapat melahirkan jurutera yang berkemahiran tinggi dalam penciptaan komponen-komponen dalam kereta “hybrid” tersebut.Sebagai contohnya,penciptaan magnet kekal “Sync-electric” motor 60 kw output,cakera brek anti dan tranmisi automotif berterusan (CVT).Justeru itu,Proton akan mendapat tempat di hati penguna terutamanya penguna luar negara.

 BAHAN GALIAN DAPAT DI KURANGKAN PENGAMBILANYA
                                                Penggunaan kenderaan ini juga dapat menyelamatkan bahan bakar sumber asli dari kehabisan.Aktiviti cari gali petroleum juga dapat dikurangkan atau dihadkan dan secara tidak langsung dapat mengelakkan tumpah minyak.Sebagai contohnya,pada tahun 2002,kapal Prestige terkandas di pantai Perancis,minyak kapal itu meliputi permukaan laut yang luas dan hidupan laut juga banyak yang mati dan ekosistem marin juga turut terjejas.Justeru itu, bila sumber bahan bakar semula jadi dunia berkurangan,nescaya harga sumber asli tersebut akan melambung tinggi.Oleh yang demikian, negara ini boleh jadikan sumber asli tersebut sebagai sektor pembanggunan ekonomi kelak.

PENUTUP
                Akhir kalam,walaupun negara kita masih mentah dalam penggunaan kenderaan “hybrid” ini,namun kelebihan penggunaannya sangat memberansangkan kepada negara terutama dalam pembanggunaan sektor automotif.Bak kata pepatah,”kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya”.

Saturday, March 12, 2011

TandA-taNdA KemATanGaN

1.       Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda    mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

2.       Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

3.       Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

4.       Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

5.       Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

6.       Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

7.       Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.